“Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik

Sunday, 30 September 2012

RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Kelas : 6 Gemilang
Bilangan murid : 20 orang
Masa : 8.10 pagi – 9.10 pagi
Tarikh : 21 Ogos 2012
Tema : Kenali Budaya Malaysia
Topik : Perayaan
Subtopik : Perayaan Di Malaysia

Hasil Pembelajaran :
                       
Pada akhir aktiviti ini, murid-murid dapat:
1.    Berbangga dengan keunikan dan kepelbagaian budaya Malaysia

Isi Kandungan :
1.    Menerangkan tentang perayaan kaum di Malaysia
2.    Menyenaraikan nilai murni yang diamalkan semasa perayaan


Penerapan Nilai :
1.    Hormat-menghormati

Penyerapan ilmu :
1. Kemahiran Mendengar
2. Kemahiran Membaca
                                   
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran belajar
Kemahiran berfikir
Kecerdasan pelbagai : verbal linguistik

Pembelajaran Koperatif Pendekatan Konstruktivisme : Round table

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mempunyai pengalaman tentang perayaan di Malaysia

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP) :

BILANGAN
SUMBER
KUANTITI
1.
LCD
1
2.
Teks dialog
20
3.
Big book
1
4.
Kertas majung
6
5.
Lembaran kerja
20
6.
Two sheet paper
20
7.
Pen marker
6


Langkah/ Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Tayangan video perayaan

a.        Guru menayangkan video perayaan kepada murid
b.        Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan video yang ditayangkan
c.        Guru mengaitkan video dengan tajuk pelajaran
Teknik : soal jawab

BSPP :
-       LCD
Langkah 1
(20 minit)
Soal jawab :
i.                     Ada berapa kaum utama di Malaysia?
ii.                    Perayaan apakah yang disambut oleh setiap kaum?
Teks : dialog perayaan

a.        Guru mengedarkan teks dialog.
b.        Guru kemudiannya meminta murid membacakan petikan yang diedarkan
c.        Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan perayaan di Malaysia
Teknik : Oral aural

KBT : Verbal linguistik

BSPP : Teks Dialog
Langkah 2
(15 minit)
‘Big Book’

a.        Guru menunjukkan gambar-gambar perayaan yang terdapat dalam ‘Big Book’.
b.        Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan dan mengedarkan kertas majung.
c.        Setiap kumpulan diberikan tajuk bagi perayaan setiap kaum yang terdapat di Malaysia.
d.        Setiap kumpulan membuat peta minda berkenaan tajuk yang diberi.
e.        Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil tugasan
f.         Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid (Lampiran)
Teknik : Perbincangan

KBT : Interpersonal

BSPP :
-‘Big Book’
- Kertas Majung
- Pen Marker
- Lembaran kerja
Langkah 3
(10 minit)
Kad Ucapan Perayaan

a.        Guru mengedarkan bahan-bahan untuk membuat kad ucapan
b.        Guru kemudiannya menerangkan cara-cara membuat kad ucapan
c.        Guru memberi masa kepada murid untuk membuat kad ucapan secara individu
d.        Guru meminta murid mempamerkan kad ucapan di hadapan kelas.
KBT : Interpersonal

BSPP : Kertas warna
Penutup
(10 Minit)
Merumus isi pelajaran.

Amalan nilai murni :
-       Hormat-menghormati
-       Kasih sayang

a.        Guru meminta murid untuk mengulang isi pelajaran tentang amalan nilai murni semasa perayaan
b.        Guru meminta seorang murid untuk merumuskan isi pelajaran.
c.        Guru mendengarkan lagu “Suasana Hari Raya” dan murid menyanyi bersama.


KBT : Kinestetik
BSPP :
-Video
-Speaker

No comments:

Post a Comment